Monday, August 18, 2008

V.I.P

Selamat Pengantin Baru Khaliel & Nita

Sempena musim sekolah kali ini majlis perkahwinan memang manjadi antara agenda hari minggu kita. Kadang2 sampaikan tak menang tangan kerana bilangan jemputan yang mencecah 4-5 kenduri dalam sehari. Kepada pengantin2 baru yang akan memulakan hidup di alam baru, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru dan layarilah bahtera rumah tangga dengan sikap tanggungjawab dan terimalah pasangan anda seadanya..

Mengulas isu kenduri kahwin, berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa dalam menjadi kakitangan yang terlibat dalam menjayakan majlis dan juga antara ahli rombongan pengantin..suka saya untuk berkongsi pengalaman saya ketika menjadi ahli rombongan pengantin lelaki dalam 2 majlis yang berbeza.

Sebelum bercerita tentang majlis yang pertama, ingin saya kongsikan pengalaman yang cukup menarik ketika menjadi rombongan pengantin lelaki di Bangi, Selangor. Bukan setakat layanan tuan rumah, malah kesudian jiran tetangga pengantin perempuan yang menjadikan rumahnya sebagai tempat khas rombongan lelaki berkumpul sebelum berarak ke rumah pengantin perempuan menyentuh hati saya. Tambahan lagi dengan senyuman ramah ibubapa pengantin dan semua ahli keluarga yang tak putus mengucapkan selamat datang dan mengiringi kami ke meja VIP yang tersedia cantik di hadapan meja pengantin membuatkan kami terasa amat diraikan. Sebaik kami semua duduk, kami di layan dengan cukup baik oleh pihak caterer majlis. Siap disendukkan nasi ke pinggan, ditambah air tanpa perlu diminta malah anak2 kecil dibantu duduk dan secara mudahnya layanan yang disediakan pihak pengantin perempuan pada kami rombongan pengantin lelaki sememangnya membuatkan kami terasa dilayan sebagai VI.P.

Haa..mungkin anda rasa cerita saya ini biasa saja kerana itulah yang sepatutnya berlaku dalam sebuah majlis kenduri tak kira pihak lelaki/perempuan. Rombongan pengantin dari pihak yang bertandang sepatutnya dilayan umpama rombongan diraja yang sepadan dengan layanan yang diberi kepada pasangan raja sehari yang diraikan.

Namun, cerita saya tadi mungkin akan anda lihat lebih menarik jika saya bandingkan dengan satu lagi majlis yang saya hadiri 2 minggu lepas di sebuah daerah di selatan negara. Dipendekkan cerita oleh kerana majlis pernikahan diadakan pada sebelah pagi hari yang sama, rombongan pengantin menunggu penuh sabar di masjid dari masa tamatnya sesi pernikahan ke sesi menghantar pengantin pada belah tengah hari. Rombongan yang di sertai lebih kurang 7 buah kenderaan yang sarat dengan semua golongan dari yang tua kepada yang muda, begitu teruja dan gembira untuk datang memberi sokongan kepada keluarga pengantin dan demi mengeratkan silaturrahim antara 2 keluarga yang baru saja terjalin.

Namun, hari tak selalunya cerah dan begitulah cuaca pada tengahari itu. Sebaik sahaja rombongan pengantin lelaki mula berarak ke rumah pengantin perempuan, hujan mula turun rintik2. Rumah yang dituju jaraknya lebih kurang 200meter dari masjid tempat kami berkumpul dan kami mula melajukan langkah sambil mengimbangi berat hantaran yang di bawa di tangan. Lebih kurang separuh jalan, hujan mula turun dengan lebat dan kami hampir saja berlari demi cepat sampai ke khemah pengantin. Yang peliknya dari jauh kehadiran kami sememangnya dapat di lihat dan disedari apatah lagi kami diiringi kumpulan kompang yang cukup bingit menambah lebat hujan yang turun, tetapi agak kecewa kami apabila tiada seorang pun yang tampil membawa payung sekurang2nya untuk meneduh kepala anak2 kecil yang ramai dalam rombongan kami. Lebih mengjengkelkan, apabila kami diketawakan kerana basah dalam hujan. Cerita ini tambah menarik apabila tiada yang menunggu di depan khemah untuk menyambut dan kami pandai2 sendiri mengikut bontot si pengantin lelaki yang mungkin kenal benar dimana rumah isterinya itu.

Setelah pengantin duduk bersanding, kami juga pandai sendiri mencari tempat duduk dan seperti pengalaman sebelumnya kami anggap kawasan makan VIP di hadapan meja pengantin adalah meja khas buat kami.Tambahan pula meja2 tersebut tidak pula ditanda khas dgn nama VIP dan sebagainya. Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila kami dihalang oleh seseorang supaya tidak duduk di meja tersebut dan yang peliknya kami tidak pula di beri alternatif lain. Maka terpacaklah kami berdiri di tepi2 meja sambil dipandang pelik oleh orang ramai yang sedang makan di meja2 lain. Yang lebih meyedihkan nenek kami yang tua pun tidak dijemput duduk dan dibiarkan berdiri. Nasib baik ada caterer yang simpati pada kami dan mengarahkan kami supaya duduk juga di meja tersebut. Tapi selera yang memang sudah terbantut tambah pahit rasa ditekak apabila caterer di arahkan melabel meja itu dengan tag VIP. Bayangkan belum sudah kami makan, lauk pauk yang dihidang diangkat dan kami2 cepat2 makan kerana caterer sudah diarah mengemas meja untuk VIP yang kononnya mungkin tiba bila2 masa. Kerana panas hati, kami terus meninggalkan majlis tanpa menunggu upacara seterusnya.

Haa..memang menarik bukan? Jadi kepada bakal2 pengantin di luar sana, jangan lah terlalu ghairah untuk mengadakan majlis yang nampak saja gempak secara fizikalnya tetapi langsung tidak memenuhi objektif majlis yang diadakan tidak lain dan tidak bukan untuk meraikan persaudaraan yang terjalin antara 2 belah pihak. Pastikan kalaupun ada VVIP yang datang sebagai tetamu istimewa, rombongan pengantin yang datang bertandang adalah lebih istimewa.

Pesanan dari hati: Selamat Pengantin Baru buat ayah sepupu dan rakan sekolahku..Ajwad dan Najwa. Juga buat sepupu Mohd Azif Syazwan dan isteri. Semoga bahagia di dunia dan akhirat..

4 comments:

Kamilah Syakura Kamin said...

Buang yang keruh, ambil yang jernih..

Tiada niat menyinggung kalau ada yang terasa.Bukalah hati dan minda. Semoga ukhuwwah yang terjalin mekar berbunga buat selamanya..

Salam mahabbah dariku ;>

Anonymous said...

Azif la Ira, bukan Ariff. :) Minta maaf kalau terdapat kesusahan time majlis aritu. Kakitangan tak cukup. Tambah hujan lagi. Hanya 6 orang je belah perempuan. Kompang tu kat rumah tak dengar pon aritu. da la diorang dok lepak kat bawah khemah tu dok main kompang. sepatotnya kompang tak ikut sampai dalam. Sapa yang tak kasi duduk kat meja? Awal2 da buat sign untuk letak kat meja VIP tu tulis "Rombongan Pengantin Lelaki", tapi tak sempat nak letak. Katerer tu confius kot.

Terima kasih diatas komen dan teguran.

Kamilah Syakura Kamin said...

Maaf atas kesilapan teknikal.hehe
Just sampaikan rasa hati yang lain..tp anggap je as muhasabah ye. Ramai lagi adik2 kite akan menyusul..semoga apa2 yg baik dpt diteruskan, yg buruk dijadikan sempadan.Masa kenduri saya dulu pun ada cakap2 yg lebih kurang camni..tp biasalah, lumrah kalo kenduri kawin mmg ada je yg x kena.

Kalau ada jarum yg patah
Jgn di simpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan di simpan di dlm hati

p/s: kem salam azie..jemput dtg ke rumah raya nnti ;>

Anonymous said...

Betul2. Kita hanya merancang. :) Terima kasih.

Kalau ada sumur diladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Baik balik rumah baru bes mandi.