Wednesday, August 20, 2008

Sumpah

SUMPAH SAIFUL TIDAK BERNASKAN HUKUM SYARAK

  • Semua pihak bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa sumpah dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah, iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.
  • Hakikatnya, sumpah yang dilafazkan Saiful bukanlah mubahalah kerana sumpah mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan pada satu majlis.
  • Dalam Islam, sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah berkenaan dipanggil sumpah tohmah. Sumpah itu besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah di dunia dan akhirat.
  • Mengikut undang-undang jenayah syariah, kaedah ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke mahkamah.
  • Sesuatu dakwaan atau pertuduhan hendaklah dibuat di mahkamah bukannya tempat awam atau di masjid kerana masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadat, bukan menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan sesuatu dakwaan itu adalah benar.
  • Sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam, iaitu 'keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya'.
  • Dalam jenayah Islam, kes membabitkan qisos seperti membunuh, ahli fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. · Dalam kes membabitkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah, hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan menerusi keterangan dan bersumpah jika diperintah hakim berbuat demikian. Namun, sumpah itu tidak mengikat hakim dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Petikan dari Berita Harian. Sumber oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://peguamsyarie.org/

Monday, August 18, 2008

Zohan

Last weekend, acara santai biasa di hari minggu, saya menonton filem dari DVD (legally illegal) di rumah yang sememangnye menjimatkan demi menyahut seruan kerajaan untuk menukar gaya hidup sempena kenaikan harga petrol di pasaran. Salah satu dari 3 filem yang kami tonton, berjudul You Don’t Mess with The Zohan, sebuah filem lakonan Adam Sandler. Apa yang menarik minat saya untuk menonton filem ini adalah karakter yang dibawa oleh Adam agak berlainan dgn watak yang pernah dibawanya sebelum ini. Bukan setakat dari segi ‘appearance’nye yang mmg sekali pandang susah utk kite cam, tp slang English-israel yang lucu didengar turut memberi kelainan.

Namun saya amat kecewa, apabila filem komedi yang sememangnye punya unsur komedi yang agak berbeza ini amat sarat dengan aksi-aksi lucah dan unsur2 yang menjatuhkan Islam dan kaum Arab umumnya. Aksi bogel yang bukan sekali-dua, seks bebas tak kira tua muda dan budaya hedonisme yang bukan saja dipaparkan sebagai budaya Israel malah turut di tonjolkan oleh watak pemuda-pemudi Palestine yang menetap di kota New York ini begitu menyakitkan mata.

Yang lebih menyedihkan cerita ini masih mengekalkan stigma masyakarat dunia kepada Islam sebagai terrorist yang bodoh dan mudah diperalatkan. Terdapat satu babak yang cukup membakar hati saya sebagai Islam iaitu babak seorang pemuda Palestine bangun dari katil yang dipenuhi dengan perempuan2 separuh bogel, membuka peti ais yang di tepinya tergantung ayat Suci (kalimah Yaasin) kemudian meneguk arak ( akan disahkan ) umpama jus oren sebagai sarapan pagi.

Maka kesimpulannya, demi menyelamatkan maruah Islam filem ini patut diboikot dan janganlah pula kita menyumbang dengan menonton filem ini di pawagam. Kalau setakat hendak tahu, anda sendiri tahu akan alternatif lain yang ada untuk menontonnya..

Pesanan dari hati: Allahuakbar!!

V.I.P

Selamat Pengantin Baru Khaliel & Nita

Sempena musim sekolah kali ini majlis perkahwinan memang manjadi antara agenda hari minggu kita. Kadang2 sampaikan tak menang tangan kerana bilangan jemputan yang mencecah 4-5 kenduri dalam sehari. Kepada pengantin2 baru yang akan memulakan hidup di alam baru, saya ucapkan Selamat Pengantin Baru dan layarilah bahtera rumah tangga dengan sikap tanggungjawab dan terimalah pasangan anda seadanya..

Mengulas isu kenduri kahwin, berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa dalam menjadi kakitangan yang terlibat dalam menjayakan majlis dan juga antara ahli rombongan pengantin..suka saya untuk berkongsi pengalaman saya ketika menjadi ahli rombongan pengantin lelaki dalam 2 majlis yang berbeza.

Sebelum bercerita tentang majlis yang pertama, ingin saya kongsikan pengalaman yang cukup menarik ketika menjadi rombongan pengantin lelaki di Bangi, Selangor. Bukan setakat layanan tuan rumah, malah kesudian jiran tetangga pengantin perempuan yang menjadikan rumahnya sebagai tempat khas rombongan lelaki berkumpul sebelum berarak ke rumah pengantin perempuan menyentuh hati saya. Tambahan lagi dengan senyuman ramah ibubapa pengantin dan semua ahli keluarga yang tak putus mengucapkan selamat datang dan mengiringi kami ke meja VIP yang tersedia cantik di hadapan meja pengantin membuatkan kami terasa amat diraikan. Sebaik kami semua duduk, kami di layan dengan cukup baik oleh pihak caterer majlis. Siap disendukkan nasi ke pinggan, ditambah air tanpa perlu diminta malah anak2 kecil dibantu duduk dan secara mudahnya layanan yang disediakan pihak pengantin perempuan pada kami rombongan pengantin lelaki sememangnya membuatkan kami terasa dilayan sebagai VI.P.

Haa..mungkin anda rasa cerita saya ini biasa saja kerana itulah yang sepatutnya berlaku dalam sebuah majlis kenduri tak kira pihak lelaki/perempuan. Rombongan pengantin dari pihak yang bertandang sepatutnya dilayan umpama rombongan diraja yang sepadan dengan layanan yang diberi kepada pasangan raja sehari yang diraikan.

Namun, cerita saya tadi mungkin akan anda lihat lebih menarik jika saya bandingkan dengan satu lagi majlis yang saya hadiri 2 minggu lepas di sebuah daerah di selatan negara. Dipendekkan cerita oleh kerana majlis pernikahan diadakan pada sebelah pagi hari yang sama, rombongan pengantin menunggu penuh sabar di masjid dari masa tamatnya sesi pernikahan ke sesi menghantar pengantin pada belah tengah hari. Rombongan yang di sertai lebih kurang 7 buah kenderaan yang sarat dengan semua golongan dari yang tua kepada yang muda, begitu teruja dan gembira untuk datang memberi sokongan kepada keluarga pengantin dan demi mengeratkan silaturrahim antara 2 keluarga yang baru saja terjalin.

Namun, hari tak selalunya cerah dan begitulah cuaca pada tengahari itu. Sebaik sahaja rombongan pengantin lelaki mula berarak ke rumah pengantin perempuan, hujan mula turun rintik2. Rumah yang dituju jaraknya lebih kurang 200meter dari masjid tempat kami berkumpul dan kami mula melajukan langkah sambil mengimbangi berat hantaran yang di bawa di tangan. Lebih kurang separuh jalan, hujan mula turun dengan lebat dan kami hampir saja berlari demi cepat sampai ke khemah pengantin. Yang peliknya dari jauh kehadiran kami sememangnya dapat di lihat dan disedari apatah lagi kami diiringi kumpulan kompang yang cukup bingit menambah lebat hujan yang turun, tetapi agak kecewa kami apabila tiada seorang pun yang tampil membawa payung sekurang2nya untuk meneduh kepala anak2 kecil yang ramai dalam rombongan kami. Lebih mengjengkelkan, apabila kami diketawakan kerana basah dalam hujan. Cerita ini tambah menarik apabila tiada yang menunggu di depan khemah untuk menyambut dan kami pandai2 sendiri mengikut bontot si pengantin lelaki yang mungkin kenal benar dimana rumah isterinya itu.

Setelah pengantin duduk bersanding, kami juga pandai sendiri mencari tempat duduk dan seperti pengalaman sebelumnya kami anggap kawasan makan VIP di hadapan meja pengantin adalah meja khas buat kami.Tambahan pula meja2 tersebut tidak pula ditanda khas dgn nama VIP dan sebagainya. Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila kami dihalang oleh seseorang supaya tidak duduk di meja tersebut dan yang peliknya kami tidak pula di beri alternatif lain. Maka terpacaklah kami berdiri di tepi2 meja sambil dipandang pelik oleh orang ramai yang sedang makan di meja2 lain. Yang lebih meyedihkan nenek kami yang tua pun tidak dijemput duduk dan dibiarkan berdiri. Nasib baik ada caterer yang simpati pada kami dan mengarahkan kami supaya duduk juga di meja tersebut. Tapi selera yang memang sudah terbantut tambah pahit rasa ditekak apabila caterer di arahkan melabel meja itu dengan tag VIP. Bayangkan belum sudah kami makan, lauk pauk yang dihidang diangkat dan kami2 cepat2 makan kerana caterer sudah diarah mengemas meja untuk VIP yang kononnya mungkin tiba bila2 masa. Kerana panas hati, kami terus meninggalkan majlis tanpa menunggu upacara seterusnya.

Haa..memang menarik bukan? Jadi kepada bakal2 pengantin di luar sana, jangan lah terlalu ghairah untuk mengadakan majlis yang nampak saja gempak secara fizikalnya tetapi langsung tidak memenuhi objektif majlis yang diadakan tidak lain dan tidak bukan untuk meraikan persaudaraan yang terjalin antara 2 belah pihak. Pastikan kalaupun ada VVIP yang datang sebagai tetamu istimewa, rombongan pengantin yang datang bertandang adalah lebih istimewa.

Pesanan dari hati: Selamat Pengantin Baru buat ayah sepupu dan rakan sekolahku..Ajwad dan Najwa. Juga buat sepupu Mohd Azif Syazwan dan isteri. Semoga bahagia di dunia dan akhirat..

Kasut

Cuba anda bayangkan, di suatu petang selepas ofis hour ketika anda sedang berada di meja kerja, kerana terasa panas kaki anda di dalam kasut hitam yang bertumit tinggi.. sambil menggoyang kaki anda asyik mengadap PC di depan muka.Tiba-tiba teman sepejabat yang duduk di meja sebelah mencuit anda sambil berbisik: “Eh, boleh tak you pakai balik kasut you tu, ada bau lah..”

Haa..tak ke merah padam muka di buatnya. Itulah reaksi biasa bila anda menghadapi situasi sebegini. Namun ada juga yang mungkin melenting dan cuba menutup rasa malu dengan ‘menyerang’ semula rakan yang menegur dengan ikhlas hati. Lainlah kalau anda di buruk-burukkan secara terbuka, contohnya apa yang pernah saya dengar sendiri di satu ruangan radio yang kononnya menjadi orang tengah bagi menyelesaikan apa2 masalah anda..termasuklah masalah sakit jiwa, cemburu buta dan kecoh tak tentu pasal..

Jika di renung dari perspektif yang berbeza, anda boleh membuatkan diri anda lebih positif dalam mengendalikan situasi seperti ini. Sebagai contoh, ucapkan terima kasih kepada rakan anda yang menegur dan anda patut merasa bertuah punya rakan yang boleh menegur dengan baik kekurangan diri anda. Lebih baik dari mereka memburuk-burukkan anda di belakang dgn rakan2 ofis yang lain kan? Malahan, anda memang patut berterima kasih kepada rakan anda kerana secara tidak langsung dia telah mengurangkan dosa anda..macam mana pulak tu? Haa.. dari perskeptif Islam, jika di lihat dari sudut menjaga hak2 sesama manusia anda sebenarnya telah melakukan penganiyaan kepada rakan anda kerana terpaksa menghadapi ketidakselesaan dek kerana bau yang tidak menyenangkan tadi. Perkara ini jelas dititikberatkan dalam Islam jika kite teliti dalam perkara2 yang ditekankan dalam solat berjemaah. Anda digalakkan berwangi-wangian dan membersihkan diri sebelum solat, supaya tidak mengganggu jemaah lain yang sedang solat.

Maka jika anda selalu melihat sesuatu perkara dari sudut berbeza, maka anda mungkin akan dapat menerima sebuah reliti dan menghadapi sebarang situasi dengan lebih positif. Hidup anda akan lebih happy, ceria malah lebih sihat dari segi jasmani, rohani dan mental kerana kurangnya buruk sangka maka kuranglah stress dan kurangnnye stress maka tiadalah sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya..

Pesanan dari hati: Marilah Bersama Tangani Stress.

Friday, August 15, 2008

Seputih Salju

Salam perkenalan dan salam mahabbah

Selamat datang ke laman blog “True Colours” (terjemahan Warna2 Sebenar..hehe). Title ini di pilih atas rasional bahawa hidup kite penuh dengan warna-warni yang indah dan tak kurang juga yang memberi kesan hitam di sepanjang perjalanannya.

Nabi saw pernah bersabda:
“Sesungguhnya setiap bayi itu dilahirkan dalam keadaan suci (fitrah) seperti kain putih, maka ibu bapa lah yang mencorakkannya, sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Maka adalah kiranya saudara-saudari sudi berkongsi kisah warna-warni kehidupan anda mahupun orang lain, maka amatlah saya berbesar hati untuk kite kongsikan bersama dalam blog ini. Semoga kisah-kisah biasa hidup sehari-hari ini dapat memberi kalaupun tidak banyak tapi sedikit manfaat dan panduan kepada yang memerlukan dan mungkin tanpa kita sedari menjadi sumber inspirasi kepada yang lain.. anything more pls contact me thru my mail.

Setakat ini sahaja madah perkenalan dari saya..semoga kehidupan yang sementara ini dapat kite manfaatkan untuk bekalan di hari kemudian.

Pesanan dari hati:Sentiasa berfikiran positif dan elakkan bersangka buruk kerana anda akan lebih tenang tanpa perlu memikirkan perkara2 negatif tentang orang lain yang pada kebanyakan masa tiada kaitan langsung dengan diri anda..

Wassalam

Ikhlas dari ku
K Syakura 83