Wednesday, August 20, 2008

Sumpah

SUMPAH SAIFUL TIDAK BERNASKAN HUKUM SYARAK

  • Semua pihak bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa sumpah dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah, iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.
  • Hakikatnya, sumpah yang dilafazkan Saiful bukanlah mubahalah kerana sumpah mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan pada satu majlis.
  • Dalam Islam, sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah berkenaan dipanggil sumpah tohmah. Sumpah itu besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah di dunia dan akhirat.
  • Mengikut undang-undang jenayah syariah, kaedah ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke mahkamah.
  • Sesuatu dakwaan atau pertuduhan hendaklah dibuat di mahkamah bukannya tempat awam atau di masjid kerana masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadat, bukan menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan sesuatu dakwaan itu adalah benar.
  • Sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam, iaitu 'keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya'.
  • Dalam jenayah Islam, kes membabitkan qisos seperti membunuh, ahli fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. · Dalam kes membabitkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah, hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan menerusi keterangan dan bersumpah jika diperintah hakim berbuat demikian. Namun, sumpah itu tidak mengikat hakim dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Petikan dari Berita Harian. Sumber oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://peguamsyarie.org/

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Saya memang bersetuju tentang isu SUMPAH ini. Selain tidak bernaskan Hukum Syarak, masa pengakuan sumpah ini seperti tidak kena (seperti ada Agenda Politik).
Terima kasih kerana melaporkan perkara yang sebenar kerana tidak ramai yang berani melaporkannya.
Syabas. Teruskan usaha anda. Umat Islam ketandusan wanita-wanita yang berani.

Kamilah Syakura Kamin said...

Untuk maklumat lanjut refer to Peguam Syarie website. ;>

Bagi saya xkira lah samada ia agenda politik atau tidak, syariat Islam tidak boleh dipermainkan.

Gerunlah pada laknat ALLAH.