Wednesday, August 20, 2008

Sumpah

SUMPAH SAIFUL TIDAK BERNASKAN HUKUM SYARAK

  • Semua pihak bersetuju dan sepakat menyatakan bahawa sumpah dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah, iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran.
  • Hakikatnya, sumpah yang dilafazkan Saiful bukanlah mubahalah kerana sumpah mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan pada satu majlis.
  • Dalam Islam, sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah berkenaan dipanggil sumpah tohmah. Sumpah itu besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah di dunia dan akhirat.
  • Mengikut undang-undang jenayah syariah, kaedah ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke mahkamah.
  • Sesuatu dakwaan atau pertuduhan hendaklah dibuat di mahkamah bukannya tempat awam atau di masjid kerana masjid adalah tempat suci untuk umat Islam beribadat, bukan menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan sesuatu dakwaan itu adalah benar.
  • Sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam, iaitu 'keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya'.
  • Dalam jenayah Islam, kes membabitkan qisos seperti membunuh, ahli fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah. · Dalam kes membabitkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah, hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan menerusi keterangan dan bersumpah jika diperintah hakim berbuat demikian. Namun, sumpah itu tidak mengikat hakim dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Petikan dari Berita Harian. Sumber oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://peguamsyarie.org/

Monday, August 18, 2008

Zohan

Last weekend, acara santai biasa di hari minggu, saya menonton filem dari DVD (legally illegal) di rumah yang sememangnye menjimatkan demi menyahut seruan kerajaan untuk menukar gaya hidup sempena kenaikan harga petrol di pasaran. Salah satu dari 3 filem yang kami tonton, berjudul You Don’t Mess with The Zohan, sebuah filem lakonan Adam Sandler. Apa yang menarik minat saya untuk menonton filem ini adalah karakter yang dibawa oleh Adam agak berlainan dgn watak yang pernah dibawanya sebelum ini. Bukan setakat dari segi ‘appearance’nye yang mmg sekali pandang susah utk kite cam, tp slang English-israel yang lucu didengar turut memberi kelainan.

Namun saya amat kecewa, apabila filem komedi yang sememangnye punya unsur komedi yang agak berbeza ini amat sarat dengan aksi-aksi lucah dan unsur2 yang menjatuhkan Islam dan kaum Arab umumnya. Aksi bogel yang bukan sekali-dua, seks bebas tak kira tua muda dan budaya hedonisme yang bukan saja dipaparkan sebagai budaya Israel malah turut di tonjolkan oleh watak pemuda-pemudi Palestine yang menetap di kota New York ini begitu menyakitkan mata.

Yang lebih menyedihkan cerita ini masih mengekalkan stigma masyakarat dunia kepada Islam sebagai terrorist yang bodoh dan mudah diperalatkan. Terdapat satu babak yang cukup membakar hati saya sebagai Islam iaitu babak seorang pemuda Palestine bangun dari katil yang dipenuhi dengan perempuan2 separuh bogel, membuka peti ais yang di tepinya tergantung ayat Suci (kalimah Yaasin) kemudian meneguk arak ( akan disahkan ) umpama jus oren sebagai sarapan pagi.

Maka kesimpulannya, demi menyelamatkan maruah Islam filem ini patut diboikot dan janganlah pula kita menyumbang dengan menonton filem ini di pawagam. Kalau setakat hendak tahu, anda sendiri tahu akan alternatif lain yang ada untuk menontonnya..

Pesanan dari hati: Allahuakbar!!